9 hilang kapal kargo karam di perairan Bali


Pejabat mencari dan menyelamat di Bali melancarkan operasi mencari dan menyelamat kapal KM Liberty 1 yang karam dibadai ribut. – Gambar EPA, 27 Oktober, 2021.

SEBUAH kapal kargo Indonesia karam di perairan utara Pulau Bali dengan sembilan orang hilang dan enam lagi telah diselamatkan, kata jurucakap Pejabat Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia Yusuf Latief di Jakarta, pada malam Selasa.

Enam anak kapal itu diselamatkan oleh sebuah kapal lain LCT Depasena Dua pada Isnin, kata jurucakap itu.

Selepas menerima laporan mengenai kemalangan yang berlaku pada 23 Oktober, pejabat mencari dan menyelamat di Bali segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat, katanya kepada Xinhua melalui telefon.

Operasi itu akan diteruskan sehingga beberapa hari lagi, katanya, sambil menambah kapal KM Liberty 1 itu karam akibat dibadai ribut. – Bernama, 27 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen