PM India dijadual sertai sidang kemuncak maya Asean-India 


Perdana Menteri India Narendra Modi akan menyertai Sidang Kemuncak Asean-India ke-18 secara maya, Khamis ini.– Gambar EPA, 26 Oktober, 2021.

PERDANA Menteri India Narendra Modi akan menyertai Sidang Kemuncak Asean-India ke-18 yang akan diadakan secara maya pada Khamis.

Sidang kemuncak itu akan mengkaji semula status Perkongsian Strategik Asean-India dan membincangkan isu seperti Covid-19 dan perdagangan, menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri pada Isnin.

Modi juga dijadualkan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-16 secara maya pada Rabu yang akan dipengerusikan oleh Brunei.

Sidang Kemuncak Asia Timur menghimpunkan para pemimpin Asean dan rakan sejawatan mereka dari Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Rusia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Persidangan itu merupakan “platform penting untuk meneruskan kerjasama praktikal di Indo-Pasifik dengan membina gabungan antara Asean Outlook mengenai Indo-Pasifik (AOIP) dan Inisiatif Lautan Indo-Pasifik (IPOI),” kata kenyataan itu. – Bernama, 26 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen