Bekas presiden Korea Selatan Roh Tae-woo meninggal dunia


Bekas presiden dan jeneral Korea Selatan Roh Tae-woo yang memainkan peranan penting menumpaskan Kebangkitan Gwangju dengan mengorbankan ratusan nyawa telah meninggal dunia pada usia 83 tahun pada Selasa. – Gambar EPA, 26 Oktober, 2021.

BEKAS presiden Korea Selatan dan jeneral Roh Tae-woo yang memainkan peranan penting dalam menumpaskan Kebangkitan Gwangju dengan mengorbankan ratusan nyawa, meninggal dunia sebab sakit tua pada Selasa dalam usia 88 tahun, menurut laporan.

Roh keluar daripada pandangan umum sekitar 20 tahun lalu berikutan diagnosis kanser prostat, dan dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Seoul, lapor agensi berita Yonhap.

Beliau dipilih untuk berkhidmat sebagai presiden dari 1988-93, menggantikan rakan lamanya dan diktator Chun Doo-hwan yang mengambil alih kuasa dalam rampasan kuasa tentera dengan Roh pada 1979.

Kemenangan Roh dalam pilihan raya 1987—hasil daripada pembangkang yang berpecah—menghancurkan harapan ramai aktivis demokrasi dan liberal, yang melihat pelantikannya sebagai menandakan lanjutan rejim sedia ada.

Semasa memegang jawatan, Roh mempengerusikan Sukan Olimpik Musim Panas Seoul 1988 dan menjalin hubungan diplomatik dengan blok Komunis, yang telah lama bersekutu dengan Pyongyang.

Beliau kemudiannya digantikan oleh bekas aktivis demokrasi Kim Young-sam, yang bertekad untuk membawanya dan Chun ke muka pengadilan.

Kedua-dua bekas presiden itu disabitkan dengan pengkhianatan pada 1996.

Roh pada mulanya dijatuhi hukuman penjara 22.5 tahun manakala Chun dihukum mati. Tetapi kedua-duanya diberi pengampunan presiden dan dibebaskan pada tahun berikutnya.

Kematiannya berikutan hampir dua dekad kesihatan yang teruk, termasuk penyakit lain serta kanser. – AFP, 26 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen