Bos Samsung didenda AS$60,000 salah guna dadah anestetik


Naib Presiden Samsung Electronics Lee Jae-yong didenda AS$60,000 kerana menyalah guna ubat penenang propofol.– Gambar EPA, 26 Oktober, 2021.

NAIB Presiden Samsung Electronics Lee Jae-yong didapati bersalah menyalah guna dadah anestetik jenis Propofol, lapor agensi berita Yonhap.

Mahkamah Seoul hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak 70 million won (AS$60,000) ke atas Lee, yang disenaraikan Forbes sebagai individu ke-238 terkaya di dunia.

Jumlah denda itu hanya sekitar 0.0006 peratus daripada kekayaan Lee yang dianggarkan bernilai AS$10.2 bilion.

Beliau didakwa berulang kali mengambil Propofol di sebuah klinik pembedahan plastik di Seoul sejak beberapa tahun lalu.

Propofol juga dikatakan jadi penyebab kematian bintang pop Michael Jackson pada 2009. – AFP, 26 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen