2 maut, 4 cedera insiden tembakan di pusat beli-belah AS


Polis masih menyiasat insiden tembakan di Boise Towne Square, Idaho, AS yang meragut 2 nyawa. – Gambar EPA, 26 Oktober, 2021.

DUA individu maut pada Isnin dan empat lagi cedera—termasuk seorang pegawai polis—apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pusat beli-belah di Idaho, Amerika Syarikat (AS).

Ketua polis bandar itu Ryan Lee kepada pemberita, sekurang-kurangnya seorang ditembak dan meninggal dunia.

Mereka berbalas tembakan dengan seorang lelaki yang sepadan dengan penerangan diberikan oleh pemanggil 911, dengan seorang pegawai turut ditembak.

Seorang suspek berjaya ditahan dan tiada ancaman atau bahaya kepada masyarakat umum daripada kejadian ini, kata Lee.

“Kami benar-benar tidak boleh bercakap pada masa ini mengenai motif kejadian atau apa-apa yang boleh memberi kesan kepada siasatan,” katanya.

The New York Times melaporkan pusat membeli-belah dua tingkat Boise Towne Square itu mempunyai lebih 150 kedai dan restoran.

Insiden tembakan rambang dan keganasan senjata api lain adalah masalah besar di AS, isu yang dikatakan penyokong kawalan senjata didorong oleh kelonggaran undang-undang senjata api. – AFP, 26 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen