Juruterbang maut pesawat kargo terhempas di Papua Indonesia


Nahas berlaku ketika pesawat ringan kendalian PT Smart Cakrawala Aviasi itu mendarat di Lapangan Terbang Aminggaru di daerah berkenaan. – Gambar AFP, 25 Oktober, 2021.

SEBUAH pesawat kargo terhempas di lapangan terbang di daerah Puncak, wilayah Papua timur Indonesia pada Isnin, mengorbankan juruterbang dan mencederakan pembantu juruterbang, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia Adita Irawati kepada Xinhua.

Nahas berlaku ketika pesawat ringan kendalian PT Smart Cakrawala Aviasi itu mendarat di Lapangan Terbang Aminggaru di daerah berkenaan. 

“Juruterbang meninggal dunia ketika dikejarkan ke klinik kesihatan dan pembantu juruterbang mengalami kecederaan,” kata Irawati.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Timika di daerah Mimika.

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia akan menjalankan siasatan mengenai punca kejadian dan lapangan terbang Aminggaru akan ditutup sementara waktu. – Bernama, 25 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen