TIGA terbunuh dalam kejadian banjir di Tunisia selepas hujan lebat melanda negara Afrika Utara itu, kata jurucakap agensi perlindungan awam.
Di Thala, sebuah bandar di barat daya Tunisia, dua mangsa berusia 20 dan 27 tahun maut selepas kereta dinaiki mereka dibawa aurs deras, kata jurucakap agensi Moez Triaa.
Seorang lagi mangsa berusia 24 tahun maut dalam banjir di Borj Chakir, berhampiran ibu kota Tunis.
Tunisia mengalami banjir bermusim berikutan negara itu tidak mempunyai infrastruktur yang dibaik pulih – termasuk sistem perparitan yang sudah lama selain perancangan pembangunan bandar yang teruk.
Pada September 2020, enam individu termasuk tiga kanak-kanak maut apabila banjir kuar menghempas rumah mereka, sementara pada 2018 sekurang-kurangnya lima mati dalam banjir. – AFP, 25 Oktober, 2021.
Komen