SEBELAS karya agung Pablo Picasso dijual pada harga $108.9 juta pada lelongan Sotheby di Las Vegas pada Sabtu.
Karya-karya itu dibida di Galeri Seni Halus Bellagio, yang terkenal dengan koleksi seni yang luas menjelang ulang tahun ke-140 pelukis Sepanyol.
Tumpuan utama karya agung dalam sesi bida koleksi MGM Resort adalah “Femme au beret rouge-orange” (Wanita bertopi merah-oren), salah satu potret terakhir artis Marie-Therese Walter, yang dimulakan ketika Picasso berusia 17 tahun, dan mengilhami banyak karyanya yang paling terkenal.
Ia dijual hampir AS$40.5 juta selepas harga permulaan dianggarkan pada AS$20-30 juta.
“Dihasilkan pada Januari 1938, potret wanita itu berdiri sebagai pencapaian di tengah salah satu tempoh Picasso yang paling terinspirasi dan produktif,” kata Sotheby’s melalui ciapan di Twitter.
Dua potret ikonik dari tahun-tahun terakhir kehidupan pelukis itu juga dijual: “Homme et enfant” (“Lelaki dan anak”) - dengan harga AS$24.4 juta - dan “Buste d’homme” (“Bust of Man”) - pada AS$9.5 juta - yang dijual di bawah anggaran harga permulaan 10 juta.
Kerja-kerja lain yang dijual termasuk seramik, beberapa karya atas kertas dan beberapa benda mati. – AFP, 24 Oktober, 2021.
Komen