Kosovo usir 2 diplomat Rusia


Kementerian luar mengisytiharkan dua diplomat itu sebagai persona non grata atas arahan Presiden Kosova Vsoja Osmani (gambar). – Gambar AFP, 24 Oktober, 2021.

DUA diplomat Rusia meninggalkan Kosovo semalam selepas Pristina mendakwa mereka membahayakan keselamatan negara, tuduhan yang disifatkan Moscow sebagai provokasi, lapor televisyen negara itu.

Kementerian luar mengisytiharkan dua diplomat itu sebagai persona non grata atas arahan Presiden Kosova Vsoja Osmani “kerana aktiviti buruk yang membahayakan keselamatan negara”, lapor media.

Institusi awam Kosova “bertegas mahu melawan pengaruh buruk Persekutuan Rusia dan proksinya di rantau itu.”

Kementerian Luar Rusia pada Sabtu menyifatkan tindakan itu sebagai “provokasi terang-terangan anti Rusia” ditujukan “kepada Rusia dan peranan membinanya di Balkan”.

Dalam kenyataan itu, ia mendesak misi PBB di bekas wilayah Rusia itu untuk memastikan “keselamatan boleh diharapkan dan persekitaran baik yang diperlukan” untuk anggotanya di Pristina.

Osmani dan kementerian luar tidak mendedahkan identiti dua diplomat itu.

Tidak ada laporan rasmi mengenai aktiviti yang didakwa melibatkan diplomat itu yang menurut Pristina tidak selari dengan peranan dan tanggungjawab mereka.

Radio Televisyen Kosovo (RTK) pada Sabtu mengeluarkan gambar dua diplomat itu meninggalkan pejabat kedutaan Rusia di Pristina dan kereta dinaiki mereka melepasi sempadan Serbia.

Ia mengenal pasti dua diplomat itu sebagai Denis Vengerskii dan Alexey Krivosheev, berkata aktiviti “tidak selari dengan status diplomatik” mereka dikesan Agensi Perisikan Kosova.

“Ini bukan kali pertama Krivosheev diisytiharkan persona non grata,” kata RTK, menambah yang beliau turut diusir dari Albania pada Januari.

Ketika itu, Kementerian Luar Albania berkata Krivosheev diusir kerana berulang kali gagal menghormati langkah pengawalan koronavirus di negara itu.

Rusia menentang keras kemerdekaan Kosovo yang penduduknya majoriti Albania dari Serbia pada 2008.

Moscow menjadi sekutu utama Belgrade dalam usaha melobi menentang pengiktirafan antarabangsa terhadap Pristina.

Bagaimanapun, Rusia mengekalkan kehadiran diplomatiknya di Pristina, berdasarkan akreditasi diberikan misi PBB yang selama sedekad mentadbir Kosovo selepas perang saudara 1998-1999 antara gerila Albania dan tentera Serbia. – AFP, 24 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen