Hati Alec Baldwin luluh tragedi tertembak kru filem


Alec Baldwin sedih dengan tragedi yang berlaku semasa penggambaran filem Rust yang meragut nyawa pengarah sinematografinya. – Gambar EPA, 23 Oktober, 2021.

BINTANG Hollywood Alec Baldwin berkata pada Jumaat yang hatinya luluh selepas tertembak mati pengarah sinematografi dalam tragedi yang mengejutkan.

Pelakon itu, yang menembak Halyna Hutchins dengan pistol palsu yang digunakan sebagai prop semasa penggambaran filem di New Mexico pada Khamis, berkata memberi kerjsama penuh dengan siasatan polis.

“Tiada kata-kata untuk menyampaikan rasa terkejut dan sedih saya dengan kemalangan tragis yang meragut nyawa Halyna Hutchins, seorang isteri, ibu dan rakan sekerja kami yang amat dikagumi,” tulisnya di Twitter.

Beliau menambah: “Hati saya luluh untuk suaminya, anak lelaki mereka, dan semua yang mengenali dan menyayangi Halyna.” – AFP, 23 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen