Bekalan elektrik di Kabul terputus, Isis mengaku bertanggungjawab


Kejadian bekalan elektrik terputus pada Khamis lalu merupakan tamparan kepada usaha Taliban dalam menstabilkan Afghanistan. – Gambar EPA, 23 Oktober, 2021.

CAWANGAN militan Isis di Afghanistan pada Jumaat mengaku bertanggungjawab bagi kejadian letupan yang mengakibatkan belakan elektrik terputus dan  talian elektrik dan menyebabkan Kabul bergelap.

Bekalan elektrik yang terputus pada Khamis lalu merupakan tamparan lagi kepada usaha Taliban untuk menstabilkan Afghanistan dua bulan selepas mereka merampas kuasa.

Menerusi kenyataan disiarkan di saluran Telegram, Isis-Khorasan (IS-K) berkata “tentera khalifah meletupkan bom di tiang elektrik di Kabul” untuk memusnahkan sektor elektrik.

Letupan menepati sasaran saluran bervoltan tinggi yang membekalkan tenaga diimport ke Kabul dan beberapa wilayah lain.

Afghanistan sebahagian besarnya bergantung kepada elektrik yang diimport dari jirannya di utara Uzbekistan dan Tajikistan, menjadikan talian kuasa merentas desa sebagai sasaran utama pemberontak.

Taliban berjanji untuk memerangi IS-K tetapi kumpulan itu terus melakukan kekejaman yang dahsyat.

Awal minggu ini, IS-K turut mengakui menjadi dalang di sebalik pengeboman bunuh diri di sebuah masjid Syiah di bandar selatan Kandahar pada 15 Oktober yang meragut 60 nyawa. – AFP, 23 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen