KUMPULAN K-pop popular, BTS akan mengadakan konsert dalam talian, “BTS Permission to Dance On Stage” hujung minggu ini yang akan menampilkan teknologi terkini, memetik agensi pengurusan kumpulan itu Big Hit Music.
Konsert itu akan disiarkan secara langsung dari stadium tempatan pada Ahad, lapor Agensi Berita Yonhap.
Ini adalah konsert dalam talian global pertama BTS dalam masa kira-kira setahun.
“Acara kali ini dirancang untuk memberikan peminat berasa seolah-olah berada di konsert secara langsung,” menurut Big Hit Music.
Sebelum ini BTS merancang untuk mengadakan siri jelajah dunia menerusi “BTS Map of the Soul Tour” tetapi terpaksa dibatalkan akibat pandemik Covid-19.
Selain konsert dalam talian, BTS juga merancang mengadakan konsert secara langsung di Los Angeles.
“Konsert ‘BTS Permission To Dance On Stage-LA’ akan diadakan di Stadium SoFi pada 27-28 November dan 1-2 Disember, semua tiket habis dijual.” – Bernama, 22 Oktober, 2021.
Komen