PELAKON Amerika Syarikat (AS) Alec Baldwin melepaskan tembakan menggunakan pistol prop, menyebabkan seorang sinematografer terbunuh dan mencederakan pengarah di sebuah set penggambaran di New Mexico, kata pihak berkuasa.
Insiden itu berlaku di set “Rust”, di mana Baldwin memegang watak hero dalam filem abad ke-19 berkenaan pembunuhan tidak sengaja.
Halyna Hutchins dan Joel Souza tertembak apabila senjata prop yang digunakan Alec Baldwin digunakan, kata serif di Santa Fe dalam satu kenyataan.
Hutchins, 42, dibawa ke hospital menggunakan helikopter tetapi tidak dapat diselamatkan, sementara Souza, 48, dihantar menggunakan ambulans dan sedang menerima rawatan.
“Baldwin sedang disiasat oleh detektif,” kata jurucakap polis Juan Rios.
“Beliau memberikan keterangan dan menjawab soalan. Beliau datang secara sukarela, tiada tuduhan difailkan dan tiada tangkapan dibuat.”
Santa Fe New Mexican menyiarkan gambar Baldwin yang dalam keadaan serabut, dikatakan dirakamkan di tempat letak kenderaan di set berkenaan.
Akhbar itu melaporkan wartawan melihat pelakon itu menangis selepas disoal siasa.
Jurucakap syarikat penerbitan itu memberitahu The Hollywood Reporter kemalangan itu membabitkan kesilapan menembak pistol prop tanpa peluru. – AFP, 22 Oktober, 2021.
Komen