Pembangkang mungkin kempen rumah ke rumah pada PRN Melaka


Noel Achariam

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November sebagai tarikh mengundi PRN Melaka manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal 16 November. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Oktober, 2021.

KEMPEN dari rumah ke rumah boleh menjadi salah satu kaedah yang akan diamalkan oleh pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan wabak Covid-19.

Kaedah ini sangat penting untuk bertemu pengundi sekiranya ceramah tidak dibenarkan atau dengan jumlah tetamu yang terhada.

Pengerusi DAP Melaka Tey Kok Kiew berkata Pakatan Harapan masih menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk tempoh berkempen yang akan bermula pada 8 November Pengundian akan dilakukan pada 20 November.

“Walaupun dengan SOP, kami berharap dapat berdepan cabaran dalam berkempen.

“DAP berharap kita mendapat liputan yang adil dan saksama oleh media yang dikendalikan oleh kerajaan,” katanya. 

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam berkata kementerian akan mengemukakan SOP untuk PRN Melaka kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik (JSPP). Beliau tidak mendedahkan perincian mengenai SOP.

Berikutan bimbang lonjakan kes Covid-19 akibat PRN Melaka seperti yang berlaku di PRN Sabah tahun lalu, beliau berkata kementerian akan memastikan perkara sama tidak berulang. 

Daftar pemilih Melaka terdiri daripada 482,550 pengundi biasa, 10,191 anggota tentera dan pasangan mereka, 2,349 anggota polis dan 106 pengundi tidak hadir yang berada di luar negara.

Tey berkata pelbagai usaha akan dilakukan bagi mendekati pengundi termsuk kempen dari rumah ke rumah dan media atas talian. – 22 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen