TUJUH maut dan sembilan hilang dalam satu kebakaran di sebuah kilang industri di tenggara ibu negara Rusia, menurut kementerian kecemasan.
“Seramai 17 orang cedera dan tujuh daripadanya meninggal dunia, seorang dirawat di hospital dan nasib sembilan orang lagi masih belum diketahui,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Kilang di Lesnoye kira-kira 300 kilometer dari Moscow itu menerusi laman webnya berkata mereka menghasilkan bahan letupan industri.
Kementerian kecemasan berkata mereka menerima laporan mengenai kebakaran itu kira-kira jam 8.22 waktu tempatan.
Ketua pentadbiran tempatan sebelum ini memberitahu agensi berita TASS bahawa 17 mangsa berada di dalam bengkel kilang ketika kebakaran berlaku.
Kementerian itu berkata mereka sudah mengerahkan lebih 170 penyelamat ke lokasi kejadian. – AFP, 22 Oktober, 2021.
Komen