7 terbunuh dalam serangan di kem pelarian Rohingya


Tujuh individu dan menyebabkan yang lain cedera dalam satu serangan di sebuah kem pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh-Myanmar, kata polis. – Gambar EPA, 22 Oktober, 2021.

SEKUMPULAN penembak membunuh sekurang-kurangnya tujuh individu dan menyebabkan yang lain cedera dalam satu serangan di sebuah kem pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh-Myanmar, kata polis.

Penyerang menembak mangsa dan turut menikam yang lain menggunakan pisau, kata ketua polis daerah.

Ketegangan makin teruk di kem yang menempatkan lebih 900,000 pelarian dari Myanmar, selepas seorang pemimpin masyarakat Rohingya ditembak mati di luar pejabatnya tiga minggu lalu.

Empat terbunuh dalam serangan hari ini dan tiga lagi meninggal dunia di hospital di kem Balukhali. Polit tidak memberitahu berapa jumlah mangsa yang cedera.

“Kami menahan seorang penyerang selepas kejadian,” kata ketua polis daerah Shihab Kaisar Khan.

Turut ditemui sepucuk pistol, peluru dan pisau, katanya.

Ramai aktivis Rohingya menyembunyikan diri sejak pembunuhan pejuang hak asasi Mohib Ullah. – AFP, 22 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen