KKM lapor 96 kematian Covid-19 semalam


Ravin Palanisamy

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat 28,234 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Oktober, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 96 kematian Covid-19 setakat tengah malam tadi, dengan 21 daripadanya berlaku di luar hospital (brought in dead atau BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik kini meningkat kepada 28,234 kes, menurut KKM.

Menerusi data yang dikongsikan di portal GitHub juga menunjukkan hanya satu kematian baharu direkodkan dan selebihnya adalah kes tertunggak atau backlog. Kes kematian baharu itu dilaporkan di Perak.

Angka kematian harian yang dilaporkan oleh KKM merangkumi jumlah kematian baharu dan kes tertunggak, dengan ada antara mangsa meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari.

Sarawak mencatat 21 kes, angka kematian tertinggi selama tiga hari berturut-turut.

Ini diikuti Sabah dengan 16 kes dan Perak (14).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. β€“ 22 Oktober, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen