ANGKA korban akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Uttarakhand, barat laut India, meningkat kepada 60 orang, menurut pihak berkuasa pada Khamis.
Pusat Operasi Kecemasan Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan dua mangsa masih hilang ekoran hujan lebat yang melanda Himalaya awal minggu ini.
Beberapa negeri turut dilaporkan terputus hubungan akibat jalan raya tidak dapat digunakan selain banyak landasan kereta api dan jambatan rosak, lapor Anadolu.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Pasukan Tindakan Bencana Negara menyatakan 1,300 orang telah diselamatkan dari kawasan yang terjejas.
Selain itu, 17 pasukan penyelamat telah dihantar ke beberapa lokasi terjejas untuk menjalankan misi menyelamat. – Bernama, 21 Oktober, 2021.
Komen