Vaksinasi Covid-19 di India cecah 1 bilion dos


Kira-kira tiga perempat orang dewasa di negara berkenaan iaitu berjumlah 1.3 bilion penduduk sudah menerima satu suntikan vaksin dan 30% sudah diberi vaksin sepenuhnya. – Gambar EPA, 21 Oktober, 2021.

VAKSINASI di India mula mencecah satu bilion dos vaksin hari ini ketika negara itu sedang berdepan lonjakan jangkitan kes yang menyebabkan sistem kesihatan di negara itu hampir lumpuh.

Perdana Menteri Narendra Modi memuji prestasi itu sebagai “kemenangan sains India” tetapi pihak berkuasa tetap berjaga-jaga berdepan gelombang baharu.

Kira-kira tiga perempat orang dewasa di negara berkenaan iaitu berjumlah 1.3 bilion penduduk sudah menerima satu suntikan vaksin dan 30% sudah diberi vaksin sepenuhnya, menurut rekod kerajaan.

Tetapi beratus-ratus penduduk di India di bawah 18 tahun yang merangkumi kira-kira 40% penduduk belum menerima menerima satu suntikan.

Lebih 200,000 penduduk di India meninggal dunia akibat Covid-19 dari pertengahan April hingga pertengahan Jun. Ratusan ribu penduduk dijangkiti virus varian Delta selain hospital dan rumah mayat sesak.

Sejak vaksin diberikan, kes kembali menurun dengan kurang 20,000 jangkitan dilaporkan setiap hari dan banyak aktiviti sosial disambung semula.

Untuk pertama kalinya, Mumbai yang merupakan salah satu bandar yang paling teruk terjejas tidak melaporkan sebarang kematian dalam sehari sejak wabak itu bermula.

Sebilangan besar sekatan untuk aktiviti sosial sudah mula dibuka semula dan ramai orang memenuhi pasar dan pusat membeli-belah semasa musim perayaan.

India mencatatkan jumlah kes kedua tertinggi di dunia iaitu 34 juta jangkitan.

Sebanyak 452,000 kematian Covid-19 dilaporkan yang mana ia merupakan jumlah ketiga tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat dan Brazil. – AFP, 21 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen