PIHAK berkuasa di China membatalkan ratusan penerbangan, menutup sekolah dan menggiatkan ujian besar-besaran pada Khamis untuk mencuba dan menghentikan wabak baharu Covid-19 yang dikaitkan dengan sekumpulan pelancong.
Beijing mengekalkan pendekatan zero-Covid dengan penutupan sempadan yang ketat dan sekatan bersasar, walaupun negara lain berusaha mengurangkan sekatan.
Penempatan tempatan sebagian besarnya berjaya dikekang, tetapi ketika China mencatat hari kelima berturut-turut kes baharu - kebanyakannya di wilayah utara dan barat laut - pihak berkuasa meningkatkan kawalan koronavirus.
Wabak terbaru dikaitkan dengan pasangan warga emas yang berada dalam sekumpulan beberapa pelancong. Mereka bermula di Shanghai sebelum terbang ke Xian, wilayah Gansu dan Mongolia.
Sejak itu puluhan kes berkaitan dengan perjalanan mereka, dengan kontak rapat di sekurang-kurangnya lima wilayah dan daerah, termasuk ibu negara Beijing.
Sebagai tindak balas, kerajaan tempatan melancarkan ujian besar-besaran dan menutup lokasi tarikan dan pelancongan, sekolah dan tempat hiburan di daerah yang terkena kesan, dan juga melaksanakan sekatan bersasar di kawasan perumahan.
Beberapa wilayah termasuk Lanzhou - bandar yang berjumlah 4 juta orang di barat laut China - mengarahkan penduduknya tidak keluar rumah kecuali bila perlu.
Mereka yang terpaksa perlu mengemukakan ujian Covid-19 yang negatif.
Lapangan terbang di wilayah yang terjejas turut membatalkan ratusan penerbangan, menurut data daripada penjejak penerbangan VariFlight.
Sebanyak 60% penerbangan ke dua lapangan terbang utama di Xian dan Lanzhou dibatalkan.
Terdapat 13 kes baharu tempatan dilaporkan pada Khamis, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional China. – AFP, 21 Oktober, 2021.
Komen