Seorang maut, 33 cedera dalam letupan restoran di China


Seramai 33 orang cedera dalam kejadian letupan di sebuah restoran di Shenyang, di timur laut China pada Khamis. – Gambar EPA, 21 Oktober, 2021.

SEORANG maut manakala 33 yang lain cedera dalam kejadian letupan di sebuah restoran di Shenyang, ibu negara Provinsi Liaoning di timur laut China pada Khamis, lapor Xinhua.

Letupan itu berlaku kira-kira 8.20 pagi di restoran di Jalan Taiyuannan, Daerah Heping, menurut jabatan publisiti daerah.

Punca kejadian sedang disiasat. – Bernama, 21 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen