PBB pindah petugas kemanusiaan susulan serang udara di Ethiopia


Hampir 400 petugas PBB berada di Tigray untuk membantu menyediakan bantuan kemanusiaan kepada golongan rentan. – Gambar EPA, 21 Oktober, 2021.

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memindahkan beberapa petugas kemanusiaan dari wilayah Tigray, Ethiopia, susulan serangan udara baharu yang berlaku di wilayah itu, lapor Agensi berita Xinhua memetik jurucakap PBB pada Rabu.

“Daripada maklumat awal yang diperoleh terdapat orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak  cedera,” kata timbalan jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Farhan Haq.

Haq berkata untuk langkah keselamatan sebilangan kecil pasukan kemanusian PBB dipindahkan.

Serangan udara itu pada Isnin itu mengorbankan tiga kanak-kanak dan mencederakan 20 yang lain.

Beliau berkata hampir 400 petugas berada di Tigray untuk membantu menyediakan bantuan kemanusiaan kepada golongan rentan.

Lebih 5.2 juta penduduk di Tigray atau lebih 90 peratus memerlukan bantuan kemanusiaan yang mendesak termasuk hampir 400,000 orang diancam kebuluran, kata jurucakap itu. – Bernama, 21 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen