3 maut, 2 cedera insiden tembakan di Wisconsin, AS


TIGA terbunuh dan dua cedera parah dalam satu kejadian tembakan di bandar Kenosha di Wisconsin, Amerika Syarikat, lapor Sputnik.

“Polis Kenosha kini berada di lokasi kejadian. Kami sahkan tiga maut manakala dua lagi mangsa dibawa ke hospital.

“Kedua-duanya dalam keadaan kritikal. Polis percaya ini kes terpencil dan tidak mendatangkan ancaman kepada masyarakat,” kata polis di Twitter.

Siasatan lanjut mengenai kejadian sedang dijalankan. – Bernama, 20 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen