AS dilanda wabak influenza


Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS berkata strain H3N2 adalah yang paling biasa ditemui tahun ini dan melanda di hampir setiap negeri. – Gambar EPA, 27 Januari, 2018.

AMERIKA Syarikat (AS) kini dilanda wabak influenza, membunuh sekurang-sekurangnya 37 kanak-kanak dan dikatakan lebih aktif dari wabak “selesema babi” pada 2009, menurut pihak berkuasa semalam.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS berkata strain H3N2 adalah yang paling biasa ditemui tahun ini dan melanda di hampir setiap negeri.

Pengarah Bahagian Influenza di Pusat Kebangsaan Imunisasi dan Penyakit Pernafasan, Dan Jernigan berkata ia yang paling aktif sejak 2009.

Sejumlah 6.6% dari mereka yang mendapatkan rawatan di klinik dan bahagian kecemasan hospital, dijangkiti influenza ini, katanya.

“Ini adalah paras tertinggi yang direkod sejak wabak pada 2009, iaitu pada 7.7%.”

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, wabak H1N1 pada 2009 yang kemudian dikenali sebagai “selesema babi” melanda 206 negara dan beberapa wilayah di luar negara serta membunuh lebih dari 6,770 orang. – AFP, 27 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen