4 negara lancar rondaan bersama di Sungai Mekong


Petugas dari empat negara iaitu China, Laos, Myanmar dan Thailand melancarkan operasi rondaan bersama kali ke-110 di Sungai Mekong, Vietnam esok. – Gambar EPA, 20 Oktober, 2021.

CHINA, Laos, Myanmar dan Thailand melancarkan operasi rondaan bersama kali ke-110 di Sungai Mekong esok.

Dua kapal yang membawa pegawai penguat kuasa undang-undang China yang terlibat dalam operasi itu berlepas dari pelabuhan Jingha di Vietnam.

Sebelum operasi bermula, empat negara itu mengadakan perbincangan lanjut menerusi pautan video mengenai situasi wabak Covid-19 dan keselamatan di Sungai Mekong serta operasi bersepadu untuk membanteras jenayah rentas sempadan di perairan berkenaan.

Petugas dari empat negara berkenaan akan menjalankan tugas tanpa kontak langsung bagi mengelakkan risiko penularan wabak.

Operasi kali ini akan dijalankan serentak di perairan dan darat, memfokuskan kepada usaha memerangi pengedaran dadah, kegiatan penyeludupan dan jenayah telekomunikasi. – Bernama, 20 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen