Penyelam Israel temui pedang berusia 900 tahun


Pedang berusia 900 tahun itu dipercayai digunakan semasa Perang Salib. – Gambar AFP, 20 Oktober, 2021.

PIHAK berkuasa Israel semalam mendedahkan sebilah pedang berusia 900 tahun yang dipercayai digunakan semasa Perang Salib telah ditemui di luar pantai Mediterranean.

Pedang tersebut ditemui seorang penyelam, Shlomi Katzin, ketika sedang menyelam di Pantai Carmel, menurut Pihak Berkuasa Barang Antik Israel (IAA).

Pegawai IAA Nir Distelfeld berkata pedang itu masih dalam bentuk sempurna walau diselaputi teritip.

“Pedang yang masih dalam keadaan sempurna itu satu penemuan yang jarang dan amat menakjubkan, dan ia jelas milik seorang tentera salib,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Distelfeld pedang itu akan dibersihkan dan dikaji oleh ahli arkeologi sebelum dipamerkan kepada orang ramai. – AFP, 20 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen