Usahawan enggan divaksin hadapi kesukaran, kata menteri


Noh berkata, individu yang tidak lengkap vaksin sukar untuk pergi ke mana-mana tempat. – Gambar Facebook, 19 Oktober, 2021.

GOLONGAN usahawan dan peniaga yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 akan berhadapan kesukaran menjalankan aktiviti perniagaan mereka.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar, berkata ini berikutan status vaksinasi adalah satu daripada kriteria penting untuk membolehkan individu pergi ke mana-mana tempat.

“Bila tidak lengkap dos vaksin ini, individu yang tidak dapat masuk ke mana-mana tempat ini akan mengganggu aktiviti ekonomi mereka,” katanya kepada media selepas melawat proses vaksinasi untuk remaja di pusat pemberian vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Kuala Selangor hari ini.

Namun setakat ini pihaknya tidak mewajibkan golongan usahawan di bawah kementerian itu untuk mengambil vaksin.

“Saya akan bincang (mengenai mewajibkan vaksinasi) namun setakat ini kita tidak mengenakan syarat tetapi kita akan lihat nanti betapa seriusnya perkara ini,” katanya. – Bernama, 19 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen