Presiden Ecuador isytihar darurat berhubung keganasan dadah


Presiden Ecuador pada Isnin mengisytiharkan darurat di negara itu berikutan peningkatan keganasan berkait dadah. – Gambar EPA, 19 Oktober, 2021.

PRESIDEN Ecuador Guillermo Lasso pada Isnin mengisytiharkan darurat di negara itu yang bergelut dengan lonjakan keganasan berkaitan dadah.

Beliau turut mengerahkan polis dan tentera berada di jalanan.

“Bermula serta merta, Angkatan Bersenjata dan polis kita akan dikerahkan di jalanan kerana kita isytihar keadaan darurat di seluruh wilayah negara,” kata presiden dalam ucapan yang disiarkan oleh saluran negara EcuadorTV.

“Di jalan-jalan di Ecuador, cuma ada satu musuh: perdagangan dadah,” kata pemimpin haluan kanan, menambah “dalam beberapa tahun kebelakangan ini Ecuador telah beralih dari menjadi negara pengedar dadah ke negara yang turut menggunakan dadah.”

Pada awal Isnin, Lasso melantik menteri pertahanan baharu ketika negara menghadapi krisis penjara.

Pembantaian terbaharu di dalam penjara di Ecuador mengakibatkan 119 tahanan mati. – AFP, 19 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen