KETUA Hizbullah Lubnan pada Isnin berkata gerakannya yang disokong Iran mempunyai 100,000 pejuang terlatih dan bersenjata, berkata demikian selepas keganasan yang meletus di Beirut mingug lalu.
Hassan Nasrallah semasa berucap di televisyen menuduh Angkatan Lubnan, sebuah parti Kristian, sebagai dalang pembunuhan tujuh anggota gerakannya dan sekutu Syiah Amal dalam satu demonstrasi pada Khamis dan memberi amaran agar tidak mencetuskan perang saudara.
“Saya untuk pertama kalinya terpaksa umum jumlah ini,” kata Nasrallah, menambah penjenelasan beliau bagi “mengelak perang, bukannya mengancam perang saudara.”
Nasrallah bercakap demikian ketika ketegangan semakin reda di Lubnan mengenai nasib hakim yang mengetuai siasatan letupan pelabuhan tahun lalu yang mengorbankan lebih 210 orang, mencederakan ribuan orang dan menggoncang Beirut.
Keganasan meletus di tengah Beirut pada Khamis setelah penyokong Hizbullah dan Amal bersatu meminta hakim Tarek Bitar mengundurkan diri.
Hizbullah dan Amal menuduh penembak hendap Angkatan Lubnan memulakan pertempuran.
Tetapi pemimpin Angkatan Lubnan Samir Geagea menafikan, berkata pada Jumaat penduduk di kawasan kejiranan Kristian Ain al-Remmaneh telah mempertahankan diri mereka terhadap tentera Hizbullah yang cuba memasuki rumah mereka.
Bunyi tembakan dan bom tangan yang dilancarkan roket menyebabkan anak-anak sekolah terpaksa berlindung di bawah meja dan orang dewasa bersembunyi di dalam rumah mereka selama berjam-jam, kerana terbayangkan semula pertempuran semasa perang saudara 1975-1990.
Nasrallah menggesa siasatan bagi menentukan siapa yang bertanggungjawab atas pertumpahan darah itu, “kerana kita tidak biarkan saudara kita berdarah begitu sahaja” tanpa buat apa-apa. – AFP, 19 Oktober, 2021.
Komen