Colin Powell meninggal dunia kerana komplikasi Covid-19


Colin Powell meninggal dunia akibat komplikasi Coivd-19 pada usia 84 tahun. – Gambar EPA, 19 Oktober, 2021.

COLIN Powell, setiausaha negara Amerika Syarikat (AS) berkulit hitam pertama, meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19. Beliau berusia 84 tahun.

“Kami kehilangan suami, ayah, datuk, dan warga Amerika yang hebat dan penyayang,” kata keluarga itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial pada Isnin.

Jeneral bersara itu pernah berkhidmat dengan empat presiden  yang menjadikan reputasinya sebagai individu dihormati di AS.

“Jeneral Powell adalah wira Amerika, contoh Amerika, dan kisah Amerika yang hebat,” kata George W. Bush ketika mengumumkan pencalonan Powell, anak pendatang Jamaica yang menjadi setiausaha negara presiden Republik pada 2000.

Penghargaan diberikan oleh Kongres, dengan Senator Demokrat Mark Warner memuji Powell sebagai “seorang patriot dan penjawat awam,” sementara Peter Meijer dari Republikan menggambarkannya sebagai tokoh yang jarang ditemui.

Kenyataan keluarga berkata Powell sudah mendapat vaksin Covid-19 yang lengkap. – AFP, 19 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen