PKPD di Pos Betau, Pahang mulai Rabu ini, kata MKN


Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Perkampungan Orang Asli (POS) Betau, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang bermula 20 Oktober hingga 2 November. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Oktober, 2021.

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Perkampungan Orang Asli (POS) Betau, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang bermula 20 Oktober hingga 2 November. 

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan. 

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Beliau turut memaklumkan PKPD di Ladang dan Kilang Sawit RMDC Sdn Bhd di Bukit Koman, Raub, Pahang serta di Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai, Kelantan ditamatkan esok mengikut jadual. – Bernama, 18 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen