GEMPA bumi berukuran 5.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Lautan Pasifik di Kepulauan Kuril, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) semalam.
Menurut Sputnik, gegaran itu berlaku pada 5.30 petang, 160 km selatan kota Severo-Kurilsk di Rusia, dengan pusat gempa pada kedalaman 35 km.
Setakat ini belum ada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan. – Bernama, 18 Oktober, 2021.
Komen