Seorang mati insiden tembakan di kolej di AS


SEORANG terbunuh dan tujuh yang lain cedera dalam insiden tembakan rambang di sebuah university di Amerika Syarikat (AS), kata polis, hanya beberapa hari selepas satu kemalangan senjata api berlaku di lokasi sama menyebabkan seorang maut.

Pelajar antara mangsa yang cedera dalam serangan pada 1.30 petang waktu tempatan di Universiti Grambling State, Louisiana itu, kata polis, dengan seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di hospital.

Kolej itu menerusi Twitter berkata pelajar berkenaan tidak mengalami kecederaan teruk, dan individu yang terbunuh bukan pelajar di universiti itu.

Ia insiden tembakan kedua dalam tempoh kurang seminggu – walaupun kedua-dua insiden dipercayai tidak saling berkait.

Aktiviti kolej – perlawanan bola sepak – dibatalkan begitu juga dengan kelas hari ini dan esok, kata kolej.

Perintah berkurung dilaksanakan pada waktu malam untuk tempoh yang akan dimaklumkan kelak, kata satu kenyataan.

Pihak berkuasa turut mendedahkan nama dan gambar suspek dalam insiden itu.

Pada insiden 13 Oktober lalu, seorang remaja 19 tahun maut, dan seorang lagi berusia 16 tahun cedera, kata polis. – AFP, 18 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen