AMERIKA Syarikat (AS) berkata pada Jumaat ia menawarkan untuk membayar pampasan kepada waris 10 individu di Afghanistan termasuk tujuh kanak-kanak yang terbunuh secara tidak sengaja dalam serangan dron ketika pasukan Amerika menyelesaikan perpindahan keluar dari negara itu.
Dalam satu kenyataan, Pentagon juga berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Negara untuk memindahkan waris yang terlibat dari Afghanistan ke AS.
Tawaran pampasan kepada mereka dibuat pada Khamis dalam pertemuan antara Colin Kahl, ketua setiausaha pertahanan untuk dasar, dan Steven Kwon, pengasas dan presiden sebuah kumpulan bantuan yang aktif di Afghanistan dikenali sebagai Nutrition and Education International, kata Pentagon dalam satu penyataan.
Organisasi itu mensasarkan Ezmarai Ahmadi, yang tersilap didakwa ada kainan dengan Isis oleh perisik AS pada 29 Ogos, menjelang hari-hari terakhir AS di Kabul.
Perisikan AS mengesan Toyota putihnya selama lapan jam sebelum menembaknya dengan peluru berpandu, membunuh tujuh kanak-kanak dan tiga orang dewasa, termasuk Ahmadi.
Panglima Komando Pusat AS Jeneral Kenneth McKenzie berkata pada masa itu perisik Amerika melihat kenderaan itu di sebuah lokasi di Kabul yang dikenal pasti sebagai lokasi pelancaran operasi serangan Isis ke lapangan terbang Kabul.
Tiga hari sebelumnya, seorang pengebom bunuh diri Isis-Khorasan ramai mangsa di lapangan terbang, termasuk 13 anggota perkhidmatan AS.
Tetapi bulan lalu pegawai AS mengakui serangan dron itu adalah satu kesilapan.
Dalam pertemuan pada Khamis, “Dr Kahl berkata serangan itu adalah kesilapan tragis dan Ezmarai Ahmadi dan yang mereka lain yang terbunuh adalah mangsa tidak bersalah dan tidak mempunyai kaitan dengan Isis-K atau ancaman terhadap pasukan AS,” kata satu kenyataan dengan memetikan kenyataan jurucakap Jabatan Pertahanan John Kirby.
“Kahl mengulangi komitmen Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin kepada keluarga, termasuk menawarkan pembayaran ihsan ex gratia,” tambahnya tanpa mendedahkan nilai ditawarkan.
Bulan lalu waris mereka yang terbunuh dalam serangan itu menuntut ganti rugi dan permohonan maaf secara bersemuka.
Austin meminta maaf, namun, anak saudara Ahmadi, Farshad Haidari, 22 tahun berkata ia tidak memadai.
“Mereka perlu datang ke sini dan meminta maaf kepada kami secara langsung,” katanya kepada AFP di Kwaja Burga, sebuah kawasan yang padat penduduk di Kabul.
Haidari, yang saudaranya Naser dan sepupunya juga meninggal dunia dalam letupan itu, berkata pada 18 September yang AS tidak berhubung langsung dengan ahli keluarga.
Dalam pertemuan pada Khamis, ketua NEI Kwon berbicara tentang bagaimana Ahmadi bekerja dengan organisasi bantuan selama bertahun-tahun dan memberikan bantuan di Afghanistan. – AFP, 18 Oktober, 2021.
Komen