Iran sambung rundingan nuklear Khamis ini


Stesen janakuasa nuklear Iran siap dibina pada 2011. Negara itu menegaskan program nuklearnya hanya untuk tujuan awam. – Gambar EPA, 17 Oktober 2021.

IRAN akan menyambung semula rundingan nuklear dengan kuasa dunia yang ditangguhkan pada bulan Jun, kata seorang ahli Parlimen Iran selepas pertemuan bersama Menteri Luar Negeri Hossein Amir-Abdollahian.

“Menteri itu berkata perbincangan dengan Kumpulan 4 + 1 akan dimulakan semula Khamis ini di Brussels,” kata Ahmad Alirezabeigui kepada agensi berita ultra-konservatif Fars setelah sesi tertutup dengan Amir-Abdollahian.

Ahli Parlimen itu merujuk kepada empat anggota tetap Majlis Keselamatan PBB – Britain, China, Perancis dan Russia – bersama Jerman.

Iran dan lima negara ini membuka rundingan di Vienna pada April dengan Kesatuan Eropah (EU) turut menghadiri manakala Amerika Syarikat mengambil bahagian dalam rundingan secara tidak langsung.

Amerika Syarikat, China, Rusia, Jerman, Perancis dan Britain membuat perjanjian di Vienna dengan Iran mengenai program nuklearnya pada 2015.

Bagaimanapun, presiden Amerika Syarikat ketika itu, Donald Trump mengumumkan penarikan diri daripada perjanjian berkenaan pada 2018 dan mengenakan sekatan.

Sejak itu, Teheran – yang menegaskan program nuklearnya hanya untuk tujuan awam – juga tidak berminat meneruskan komitmennya berdasarkan perjanjian tersebut.

Pengganti Trump, Joe Biden berkata beliau bersedia untuk menggembalikan perjanjian tersebut jika republik Islam itu mematuhi komitmen nuklearnya.

Rundingan di Vienna bertujuan menghidupkan semula perjanjian yang ditangguhkan pada Jun lalu, ketika Iran memilih Ebrahim Raisi terlalu bersikap konservatif sebagai presiden.

Ketua diplomatik EU Josep Borrell berkata beliau “bersedia” untuk bertemu pemimpin Iran di Brussels sebagai sebahagian daripada usaha untuk memulihkan kesepakatan yang goyah. – AFP, 17 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen