Rakyat Malaysia ditahan kes seludup 450kg heroin ke Australia


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Razarudin Husain berkata pasukannya kini sedang bekerjasama dengan polis Australia untuk siasatan lanjut. – Gambar Australian Federal Police, 17 Oktober, 2021.

BUKIT Aman mengesahkan seorang warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia kerana disyaki cuba menyeludup masuk 450 kilogram heroin ke negara itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Razarudin Husain berkata pasukannya kini sedang bekerjasama dengan polis Australia untuk siasatan lanjut.

“Segala tindakan perlu akan diambil untuk memastikan kegiatan pengedaran atau penyeludupan dadah yang menjadi ancaman negara dapat dibanteras tanpa kompromi,” katanya.

Dadah bernilai RM431.8 juta itu dilaporkan sebagai penyeludupan heroin terbesar pernah dikesan di Australia.

Laporan Al-Jazeera hari ini menyebut, dadah tersebut dikesan dalam satu kontena jubin seramik dari Malaysia dan dialamatkan kepada satu syarikat di Melbourne. – 17 Oktober, 2021.

Dadah bernilai RM431.8 juta itu dilaporkan sebagai penyeludupan heroin terbesar pernah dikesan di Australia. – Gambar Australian Federal Police, 17 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen