Dalang cuci duit presiden Venezuela diekstradisi ke AS


Alex Saab, yang dituduh jadi dalang cuci duit rejim Presiden Venezuela Nicols Maduro telah diekstradisi ke AS dari Cape Verde pada Sabtu. – Gambar AFP, 17 Oktober, 2021.

AHLI perniagaan Colombia dalam buruan Alex Saab, yang dituduh jadi dalang cuci duit rejim Presiden Venezuela Nicols Maduro telah diekstradisi ke AS dari Cape Verde pada Sabtu, kata Jabatan Kehakiman.

Saab “dijangka hadir di mahkamah pada Isnin, 18 Oktober” di Florida, kata kenyataan.

Agensi turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Cabo Verde kerana bantuan dan menguruskan kes rumit itu serta profesionalisme sistem kehakimannya.

Saab dan rakan niaganya Alvaro Pulido didakwa di AS kerana menguruskan rangkaian yang mengeksploitasi bantuan makanan untuk Venezuela, negara kaya minyak yang kini terheret krisis ekonomi.

Mereka didakwa memindahkan hampir AS$300 juta dari Venezuela ke akaun yang dikawal mereka di AS dan beberapa negara lain. Mereka boleh dipenjara sehingga 20 tahun.

Saab yang juga mempunyai kewarganegaraan Venezuela dan pasport diplomatik, disabitkan pada Julai 2019 di Miami kerana pengubahan wang haram dan ditahan ketika pesawat dinaikinya berhenti di Cape Verde, Afrika Timur pada Jun 2020.

Venezuela mengecam ekstradisi itu, menangguhkan rundingan dengan pihak pembangkang disokong AS bagi menamatkan krisis politik dan ekonomi di negara itu. – AFP, 17 Oktober, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen