SATU misi mencari sebuah feri membawa 50 orang yang hilang lebih seminggu di kepulauan kecil, Kiribati di tengah Pasifik bermula hari ini.
Pegawai penyelamat New Zealand sudah dipanggil untuk membantu pihak berkuasa Fiji untuk mencari feri rentas pulau MV Butiraoi yang dilaporkan hilang Jumaat minggu lepas.
Kapal itu meninggalkan Kepulauan Nonouti untuk ke Betio Tarawa di Kepulauan Kiribati pada 18 Januari lalu.
Perjalanan sejauh 260 kilometer itu sepatutnya mengambil masa dua hari.
“Kami difahamkan kapal itu dibaiki enjinya sebelum berlepas,” kata Pegawai Pusat Koordinasi Bersama New Zealand, John Ashby.
“ini mungkin menyebabkan masalah navigasi dalam perjalanan.
“Cuaca di bahagian Pasifik itu sederhana baik dengan gelombang kecil.”
Pesawat Orion milik Tentera Udara New Zealand juga memulakan misi mencari di udara di kawasan laluan kapal itu.
Kiribati adalah sebuah kawasan dengan 33 terumbu karang mempunyai penduduk sekitar 110,000 orang terletak 3,460 kilometer dari timur laut Fiji. – AFP, 27 Januari, 2018.
Komen