18 maut selepas minum arak beracun di Rusia


Sejak dua minggu lalu arak tiruan yang membahayakan kesihatan dijual di bandar Yekaterinburg di Russia. – Gambar AFP, 17 Oktober, 2021.

PIHAK berkuasa Russia semalam menahan dua individu dipercayai terbabit dalam kes kematian 18 orang akibat minum arak beracun Ural, kejadian kedua dalam bulan ini.

Sejak dua minggu lalu arak tiruan yang membahayakan kesihatan dijual di bandar keempat terbesar di Russia, Yekaterinburg.

“Lapan belas orang maut selepas minum cecair tersebut,” kata polis dalam kenyataan.

Kenyataan itu juga menyebut suspek disiasat kerana menjual barang terlarang dan kematian akibat kecuaian, yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Awal bulan ini, sekurang-kurangnya 36 orang di wilayah Orenburg maut selepas minum arak tiruan mengandungi metanol, yang mempunyai kandungan toksik sangat tinggi.

Pada 2016, berpuluh orang maut di bandar Irkutsk di Siberia selepas minum arak mengandungi metanol. – AFP, 17 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen