SATU kejadian tembakan berlaku di Amsterdam malam semalam menyebabkan seorang terbunuh dan dua cedera, lapor polis.
“Seorang terbunuh manakala seorang wanita dan lelaki yang cedera sudah dibawa ke hospital selepas kejadian tembakan di Grote Wittenburgerstraat, di pusat bandar,” kata jurucakap polis Amsterdam Leo Dortland kepada AFP.
“Jelasnya ini bukan serangan pengganas, tetapi kejadian jenayah,” katanya menambah polis masih memburu penyerang.
Saksi mendengar beberapa bunyi tembakan dan melihat seorang lelaki melarikan diri, lapor media tempatan.
“Unit penyiasat sudah melancarkan siasatan,” kata Dortland menambah yang jalan di sekitar kawasan kejadian sudah ditutup.
Polis sudah menemubual saksi dan mengambil cap jari di kawasan kejadian. – AFP, 27 Januari, 2018.
Komen