KIRA-KIRA 50 monyet terlepas dari kandang di zoo utama di Paris hari ini, menyebabkan pengunjung terpaksa diarahkan keluar mengosongkan zon berkenaan.
Seorang pekerja di satu bahagian tarikan pengunjung tersedar kejadian itu selepas ternampak haiwan berkenaan berkumpul di kawasan koridor yang digunakan oleh kakitangan.
“Semua monyet yang terlepas sudah pun kembali ke kandang mereka, kecuali ada empat lagi yang masih berada dalam zon servis dan sedang dikepung,” kata satu kenyataan dikeluarkan pihak zoo.
Zoo berkata kumpulan monyet berkenaan tidak masuk ke kawasan umum dan arahan mengosongkan zoo diambil sebagai langkah berjaga-jaga. – AFP, 26 Januari, 2018.
Komen