PASUKAN bomba Canberra hari ini bergegas ke sebuah kedai di pusat bandar Australia itu selepas menerima laporan berkaitan “kebocoran gas”, dan I sebenarnya hanya bau raja buah durian.
Petugas kecemasan mengarahkan orang ramai mengosongkan lokasi berhampiran sementara mereka mengesan punca kebocoran gas di sekitar kawasan beli-belah Dickson.
Selepas sejam di lokasi kejadian, agensi perkhidmatan kecemasan Canberra berkata seorang pemilik rumah sewa di atas kedai berkenaan memberitahu mengenai kemungkinan sumber kejadian itu.
“Ia bukan kebocoran gas, tetapi sebenarnya daripada durian. Buahnya mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan boleh dihidu dari jarak yang jauh,” katanya.
Durian banyak ditanam di kawasan tropika di Asia Tenggara dan disukai penggemarnya terutama di Malaysia, kerana rasa pahit manis dan teksturnya yang manis.
Namun, bagi yang tidak menyukainya, mereka membandingkan bau durian dengan sampah busuk atau dalam kes terbaru ini, kebocoran gas.
Durian juga tidak dibenarkan di kebanyakan hotel dan pengangkutan awam. – AFP, 15 Oktober, 2021.
Komen