PARTI Sosialis (PS) Perancis semalam memilih Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo sebagai calon presiden.
Hidalgo mendapat lebih 72 undi selepas lebih 90 peratus undi dikira, lapor Agensi Anadolu memetik setiausaha I parti itu Olivier Faure.
Hidalgo menewaskan bekas menteri pertanian dan datuk bandar Le Mans, Stephane Le Foll.
Pusingan pertama pilihan raya presiden Perancis akan diadakan pada 10 April 2022, jika tiada calon memperoleh majoriti mutlak, pusingan kedua akan diadakan pada 24 April antara dua calon yang mendapat undi terbanyak. – Bernama, 15 Oktober, 2021.
Komen