Bekas presiden AS Bill Clinton dimasukkan ke hospital


Bill Clinton dimasukkan ke hospital di California disebabkan masalah sepsis yang tidak mempunyai kaitan dengan Covid-19. – Gambar EPA, 15 Oktober, 2021.

BEKAS presiden Amerika Syarikat Bill Clinton, 75, dimasukkan ke hospital di California disebabkan masalah sepsis yang tidak mempunyai kaitan Covid-19, lapor Sputnik memetik penyiar CNN.

Jurucakap Clinton pada Khamis berkata bekas presiden itu dalam keadaan baik dan dijangka dibenarkan keluar hospital esok.

Clinton dirawat dengan antibiotik.

Sepsis ialah satu keadaan yang diakibatkan oleh adanya bakteria memudaratkan dan menghasilkan bahan beracun di dalam darah serta tisu/organ. – Bernama, 15 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen