Zahid sedar guna dana Akalbudi untuk belanja peribadi, kata pendakwaan


Hailey Chung Wee Kye

Ahmad Zahid Zahidi, 68, berdepan 47 pertuduhan - 27 tuduhan pengubahan wang haram, 12 pecah amanah jenayah dan lapan kerana rasuah melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Oktober, 2021.

AHMAD Zahid Hamidi sedar beliau menggunakan cek Yayasan Akalbudi untuk membayar bil kad kredit peribadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berkata bekas timbalan perdana menteri itu juga sudah memberi kebenaran kepas bekas setiausaha eksekutifnya Mazlina Mazlan @ Ramly untuk melakukannya.

“Peguam bela akan membuat kami percaya tertuduh benar-benar tidak sedar menggunakan cek Akalbudi (untuk pembayaran kad kreditnya) dan kemudian menyalahkan setiausahanya.

“Kami berpendapat tertuduh harus bertanggungjawab atas tindakan Mazlina,” kata Raja Rozela kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah. 

Mazlina, saksi pendakwaan ke-90 dalam perbicaraan itu berkata Zahid tidak pernah menyoalnya mengenai penggunaan cek Yayasan Akalbudi atau memintanya menggunakan cek peribadinya untuk pembayaran kad kredit.

Mazlina juga memberitahu mahkamah dia diberi kuasa menggunakan cap tandatangan cek Yayasan Akalbudi untuk membayar bil kad kredit Zahid setiap kali dia berada di luar pejabat atau bekerja.

“Cap tanda tangan itu diberikan kepada Mazlina oleh pendahulunya. Semasa proses penyerahan, Mazlina menerima buku cek milik Yayasan Akalbudi (Affin Bank) dan tertuduh (Maybank). Dia menyimpan semua barang ini di pejabatnya,” kata Raja Rozela.

Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan - 27 tuduhan pengubahan wang haram, 12 pecah amanah jenayah dan lapan kerana rasuah melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Dari 12 tuduhan pecah amanah jenayah, enam daripadanya berkaitan pembayaran kad kredit melibatkan 44 cek.  – 13 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen