PEGAWAI tinggi kerajaan sementara Afghanistan akan mengadakan rundingan dengan pegawai kanan Turki hari ini, lapor Agensi Anadolu.
Delegasi Afghanistan ke Turki itu diketuai pemangku menteri luar Amir Khan Muttaqi, kata jurucakap Kementerian Luar Abdul Qahar Balkhi di Twitter.
“Pertemuan itu antara lain akan membincangkan mengenai isu kepentingan bersama,” kata Balkhi.
Mesyuarat itu yang pertama antara Turki dengan pentadbiran baharu Afghanistan sejak Taliban mengambil alih Kabul pada 15 Ogos.
Balkhi berkata kedua-dua pihak akan membincangkan mengenai hubungan dua hala, perdagangan, bantuan kemanusiaan, migrasi dan pengangkutan udara. – Bernama, 14 Oktober, 2021.
Komen