Pemuzik kembali buat persembahan di hotel selepas MoU ditandatangani


Raevathi Supramaniam

Wakil Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Pemuzik Malaysia (PPM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang akan menyaksikan pemuzik kembali membuat persembahan di hotel. – Gambar The Malaysian Insight, 14 Oktober, 2021.

PERSATUAN Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Pemuzik Malaysia (PPM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang akan menyaksikan pemuzik kembali membuat persembahan di hotel.

“MAH akan memperkenalkan dan mempromosikan ahli PPM ke hotel masing-masing sementara PPM daripada pihaknya mengadakan program latihan di mana ahli mereka diajar latihan sebagai duta jenama bagi mempromosikan hotel mereka terutama kepada pelancong dari luar negara,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Presiden PPM Francis Danker berkata, MoU akan memberi jaminan pekerjaan kepada pemuzik yang kehidupannya terjejas teruk akibat wabak Covid-19.

“Pemuzik kami bersemangat untuk mengadakan persembahan di hotel,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MAH Yap Lip Seng berkata, MoU itu akan mewujudkan hubungan kerja yang erat antara kedua-dua industri.

“Kerjasama ini merupakan perkembangan positif bagi kedua-dua belah pihak dan memperkuat industri pelancongan dan hiburan untuk pemulihan ekonomi akan datang,” katanya.

Tiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sejak Mac 2020 menyaksikan banyak tempat pemuzik langsung dan hotel ditutup selama dua tahun lebih bagi mengekang penyebarang wabak Covid-19.

Pada September, Malaysia membenarkan pertunjukan langsung untuk penonton yang sudah divaksin sepenuhnya dengan penjarakan fizikal sementara aktiviti pelancongan disambung semula kerana sekatan perjelanan antara negeri ditarik semula pada Isnin lepas selepas negara mencapai kadar vaksinasi 90% dalam kalangan penduduk dewasa. – 14 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen