PM Norway letak jawatan


Perdana Menteri Norway Erna Solberg meletak jawatan ekoran kekalahan Parti Konservatif pimpinannya dalam pilihan raya parlimen pada 13 September lepas. – Gambar EPA, 13 Oktober, 2021.

PERDANA Menteri Norway Erna Solberg menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Raja Norway, Raja Harald V dalam satu pertemuan di Istana Kerajaan semalam.

“Raja Harald V menerima surat peletakan jawatan saya dan meminta saya untuk meneruskan tugas sementera kerajaan baharu dibentuk,” kata Solberg dalam satu sidang media selepas pertemuan itu, lapor Xinhua.

Beliau menjadi Perdana Menteri selama lapan tahun.

Raja Harald V kemudian menugaskan pemimpin Parti Buruh, Jonas Gahr Store untuk membentuk kerajaan baharu.

Pengunduran Solberg ekoran kekalahan Parti Konservatif pimpinannya dalam pilihan raya parlimen pada 13 September lepas. Parti itu ditewaskan oleh parti gabungan yang diterajui Store. – Bernama, 13 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen