PESAWAT kedua yang membawa pelarian Afghanistan tiba di Sepanyol dari Pakistan semalam, sehari selepas penerbangan pertama untuk pelarian yang bekerja di Madrid, menurut sumber kerajaan.
Penerbangan semalam yang membawa 160 orang tiba pada jam 8.45 malam waktu tempatan di pangkalan tentera udara Torrejon de Ardoz di luar Madrid, kata sumber berkenaan yang enggan disebutkan nama.
Sumber pegawai berkata seramai 84 orang tiba dalam penerbangan pertama pada Isnin lepas.
Langkah pemindahan ke Sepanyol dilakukan selama berminggu-minggu dengan Menteri Luar Negeri Jose Manuel Albares mengunjungi Pakistan dan Qatar pada awal September untuk meletakkan dasar kerja.
Madrid memindahkan lebih 2,000 kebanyakannya warga Afghanistan yang bekerja untuk Sepanyol dan keluarga.
Tetapi penerbangan mereka terpaksa dihentikan sebagai sahaja pasukan Amerika mengawasi lapangan terbang di Afghanistan.
Diplomat tertinggi Kesatuan Eropah, Josep Borrel pada Jumaat lepas menggesa negara anggota blok itu untuk menjadi tuan rumah “minimum” antara 10,000 dan 20,000 pelarian Afghanistan.
EU berkata permintaan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) untuk mengambil 42,5000 pelarian Afghanistan selama lima tahun dapat dicapai – walaupun keputusan apa pun terletak pada negara anggota. – AFP, 13 Oktober, 2021.
Komen