PBB mahu sidang di Glasgow jadi pemacu kebolehtindakan iklim


Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata berkata tiga elemen perlu diberi perhatian pada COP26. – Gambar EPA, 13 Oktober, 2021.

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres pada Selasa berkata Persidangan Perubahan Iklim (COP26) di Glasgow, Scotland, bulan depan perlu menjadi titik perubahan dalam kebolehtindakan iklim.

“COP26 mesti menjadi pemacu perubahan jika kita mahu menepati Perjanjian Paris untuk mengehadkan tahap kenaikan suhu global pra-industri hingga 1.5 darjah Celsius, melindungi penduduk daripada perubahan iklim dan memastikan semua aliran kewangan sesuai dengan tujuan pelepasan sifar bersih dan pembangunan lestari,” katanya lapor Xinhua.

Beliau berkata demikian menerusi video pada mesyuarat kali keenam Gabungan Menteri Kewangan mengenai iklim, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menjelang COP26, beliau amat bimbang kurangnya kemajuan dalam usaha menangani perubahan iklim. 

Katanya, tiga elemen perlu diberi perhatian pada persidangan itu iaitu pengurangan pelepasan, pembiayaan untuk tindakan iklim di negara-negara membangun dan penyesuaian iklim.

Memandangkan Covid-19 dan perubahan iklim menimbulkan cabaran baharu dan unik kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana, beliau meminta menteri kewangan menyemak semula peruntukan bantuan pembangunan bagi memastikan pembiayaan yang cukup untuk membantu negara berkenaan. – Bernama, 13 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen